Ikuti Kami:

Raih Perhatian, Harga Pakaian & Aksesori Mewah BLACKPINK Didedah

Raih Perhatian, Harga Pakaian & Aksesori Mewah BLACKPINK Didedah

Macam mana BLINK setakat ini? Seronok la kan BLACKPINK menang banyak anugerah! Tapi korang perasan tak baju-baju yang dipakai oleh dorang? Cantik ke tidak…

Baju-baju yang dipakai oleh BLACKPINK semestinya eksklusif dan mahal, mana taknya… hadir majlis anugerah MTV Video Music Awards 2022 untuk kali pertama kena la hebat!

BLACKPINK tampil dengan rona pakaian serba hitam dan mereka tampak sangat berkarisma dan menawan. Dek kerana itu, rata-rata dalam kalangan netizen tertanya-tanya mengenai jenama pakaian mewah yang menaja pakaian mereka. jisooBagi pakaian Ji-soo yang dihasilkan semula oleh jenama mewah Dior dan merupakan sebahagian daripada koleksi Cruise 2023. Manakala, bagi kasutnya pula ada Dior D-Moi yang berharga $755 (RM3,384), harga tali pinggang Dior pula berharga $551 (RM2469). Aksesori termahal Ji-soo merupakan cincin dari jenama mewah, Cartier’s Essential Lines yang berharga hampir $48,000 (RM215,166).jennieTurut menonjol pada malam itu adalah barang kemas Jennie yang bernilai hampir $19,000 (RM85,167). Cincin yang dipakai Jennie iaitu turut merupakan satu jenama mewah, Coco Chanel itu sahaja bernilai, $8,550 (RM38,102). Gaun yang direka khas untuk Jennie turut menerima pelbagai pujian daripada kalangan netizen. Kasut tumit tinggi yang dipakai Jennie juga merupakan koleksi barudaripada Chanel. roseDuta global Saint Lauren, Rosé juga kelihatan sangat menawan dalm gaun yang hampir bernilai $ 4,890 (RM21,919), namun itu masih belum cukup mewah jika nak dibandingkan dengan aksesori mewah daripada Tiffany & Co yang berharga hampir $22,000 (RM98,611). Manakala, dua bentuk cincin yang dipakai Rosé berharga hampir $15,000 (RM67,234). Bagu kasut tumit tinggi Rosé yang berjenama Gianvito Rossi, berharga lebih daripada $650 (RM2,913).lisaPakaian Lisa adalah pakaian yang direka khas buatnya. Aksesori barang kemas yang dipakainya semestinya ditaja oleh BVLGARI. Rantai Serpenti Viper itu sahaja sudah berharga hampir $63,000 (RM282,392) dan bagi kedua-dua gelang yang dipakai oleh Lisa pula berharga hampir $30,800 (RM138,060) dan $33,300 RM (149,266) setiap satu.

Mahalnya…. takut lah…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...