Ikuti Kami:

Raih Lebih 6 Juta Penonton, Video Jungkook BTS Tidur Ketika Siaran Langsung Tular

Raih Lebih 6 Juta Penonton, Video Jungkook BTS Tidur Ketika Siaran Langsung Tular

Sebagai seorang idola, Jung-kook BTS nampaknya sering meluangkan masa bersama peminat menerusi siaran langsung.

Terbaru pada 12 Jun, Jung-kook telah berborak mengenai pelbagai perkara bersama peminat melalui siaran langsung di laman Weverse. Pada awalnya, dia memberitahu,

Saya tidak menggunakan Instagram dan sosial media lain jadi, saya sering pergi ke Weverse untuk memberi kemas kini. Saya sedang memikirkan kamu semua. Saya tidak dapat melihat kamu semua. Alangkah baiknya jika saya dapat melihat kamu semua.

Namun di hujung siaran, ahli BTS itu kelihatan mengantuk dan dia berkata,

Kalau saya tidur macam ni? Nanti, agensi akan menjadi ‘gila’.

Tidak lama kemudian, Jung-kook terus dilihat tidur dengan lena, ketika siaran itu masih berlangsung dengan lebih 6 juta penonton.

Tambahan, video berdurasi 21 minit itu juga telah meraih hampir 400 ribu tontonan di Twitter setakat ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...