Walaupun baru dikeluarkan tapi dah berjaya cipta rekod sendiri!
Rancangan hiburan terbaru Netflix iaitu “Devil’s Plan” yang dibintangi oleh 12 pemain yang terdiri daripada barisan-barisan selebriti terkenal serta orang ternama di Korea seperti Seung-kwan SEVENTEEN, Ha Seok-jin, Lee Si-woo, Seo Dong-joo dan ramai lagi telah membuktikan popularitinya selepas menduduki tempat ketiga dalam kategori 10 rancangan TV TOP Global (bukan bahasa inggeris).
“Devil’s Plan” merupakan sebuah rancangan hiburan menguji minda dimana seramai 12 orang peserta yang datang dari pelbagai kerjaya berkhemah bersama selama 7 hari untuk menentukan siapa diantara mereka yang mempunyai minda yang terbaik. Sejurus selepas dikeluarkan pada 26 September yang lalu, “Devil’s Plan” telah memasuki carta 10 terbaik di 23 negara termasuk Korea, Hong Kong, Japan, Taiwan, Thailand dan Morocco.
Selain itu, pada 1 Oktober tepat 6 hari selepas dikeluarkan rancangan itu telah meraih sebanyak 2.3 juta tontonan di Netflix dan menduduki carta ketiga dalam kategori 10 rancangan TV TOP Global (bukan bahasa inggeris).
Rancangan “Devil’s Plan” yang mempunyai 12 episod itu mengandungi pelbagai permainan yang mencabar minda seperti permainan nombor rahsia, menara huruf, ‘Tandtamokgi’ dan banyak lagi. Di mana para peserta yang tidak berjaya menyelesaikan atau menghabiskan permainan-permainan tersebut akan disingkirkan.
Ready to make a deal with the devil?
#TheDevilsPlan is coming September 26, only on Netflix#TheDevilsPlan #Netflix pic.twitter.com/UHAHtt4j7X
— Netflix K-Content (@netflixkcontent) September 12, 2023
Pada masa ini, sebanyak 9 episod “Devil’s Plan” telah dikeluarkan dan para peminat serta penonton sudah tidak sabar untuk menantikan episod 10 hingga 12 yang bakal dikeluarkan pada hari Selasa, 10 Oktober ini untuk mengetahui siapa yang bakal menjadi pemenang rancangan tersebut.
Jadi korang rasa siapa yang bakal jadi pemenang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.