Ikuti Kami:

Raih 1 Juta Pengikut Di YouTube, Haha Ucap Terima Kasih Kepada Peminat

Raih 1 Juta Pengikut Di YouTube, Haha Ucap Terima Kasih Kepada Peminat

Wow, impian Haha mahukan gold play button dari YouTube menjadi kenyataan la!

Terbaru, pemilik akaun “Haha PD” iaitu Haha, telah menyatakan rasa terima kasihnya kepada peminat kerana berjaya meraih satu juta pengikut di YouTube.

Ahli “Running Man” itu memuat naik gambarnya di Instagram dengan kapsyen,

Terima kasih.. Ianya mengambil masa yang lama.. Marilah bertungkus-lumus!

Tambahnya lagi,

Terima kasih atas satu juta pengikut! Ayuh YouTube bagi saya gold play button!

Berbangga dengan pencapai Haha, rakannya seperti rapper Tymee telah meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen entri tersebut. Selain Tymee, Kim Hae-ae, Ahn Seon-yeong dan Rhymer turut meninggalkan komen emotikon sebagai tanda sokongan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ha dong hoon (@quanhaha79)

Untuk maklumat, Haha telah membuka saluran YouTube “Haha PD” pada April 2020 dan masih aktif mengendalikannya hingga kini.

Tahniah Haha!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...