Ikuti Kami:

“Tiada Masa Bersama Keluarga”- Haha Akui Sukar Uruskan Syarikat & Restoran Dalam Satu Masa

“Tiada Masa Bersama Keluarga”- Haha Akui Sukar Uruskan Syarikat & Restoran Dalam Satu Masa

Nampaknya bukan senang untuk Haha menguruskan restoran dan syarikatnya sendiri.

Untuk pengetahuan, Haha merupakan salah seorang panel dalam sebuah rancangan bertajuk “Marriage Hell”.

Bagi yang belum tahu, “Marriage Hell” merupakan sebuah rancangan bual bicara dokumentari dimana pasangan yang sudah berkahwin akan membincangkan tentang masalah rumah tangga mereka.

Dalam rancangan itu, Haha telah menonton satu video yang dipaparkan. Selepas itu, dia berkata,

Saya mengusahakan sebuah restoran daging dan juga menguruskan sebuah syarikat. Harapan saya pada tahun ini ialah untuk lebih fokus menguruskan restoran daging saya.

Haha

Selepas mendengar kenyataan itu, ahli panel yang lain turut berasa ingin tahu tentang perjalanan Haha dalam kerjayanya sekarang. Penyanyi itu menjelaskan,

Saya tiada masa bersama keluarga. Saya ingin meluangkan masa bersama mereka, namun saya semakin tiada masa selepas menjadi pekerja bebas. Saya lebih banyak masa bersama pekerja syarikat.

Kesian Haha.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...