Ikuti Kami:

“Punggung Saya Paling Kuat Dalam 2PM” – Lee Junho

“Punggung Saya Paling Kuat Dalam 2PM” – Lee Junho

Siapa yang kenal Lee Jun-ho sejak sebelum dia popular sebagai pelakon, dan aktif sebagai idola di bawah kumpulan 2PM, pastinya tahu dia sangat aktif dalam program hiburan Korea.

Dalam episod terbaru “Beat Coin”, kesemua ahli 2PM telah hadir sebagai tetamu dan berkongsi pelbagai perkara mengenai kumpulan itu selain turut bermain permainan bersama.

Apabila ditanya mengenai kelebihan masing-masing, Lee Jun-ho meluahkan keyakinan dengan kekuatan yang dimilikinya.

Walau bagaimanapun, Kim Sook yang merupakan salah seorang hos meluahkan keraguan tentang hal itu,

Saya tak rasa Jun-ho ada kekuatan pun?

lee junho

Balas Chan-sung,

Jun-ho kuat! Walaupun dia kurus tapi dia ada punggung.

Malah mereka mendedahkan yang Jun-ho pernah mematahkan 30 batang penyepit dahulu menggunakan punggungnya sekaligus membuktikan kekuatan bahagian bawah badannya itu.

Wah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...