Meskipun sudah hampir seminggu tamat, tapi ramai lagi yang masih terbuai dengan keseronokan drama “King The Land”.
Selepas menemubual teraju utamanya, media turut tidak terlepas menanyakan pelbagai soalan buat teraju sampingan lain seperti Kim Jae-won.
Antara soalan yang menarik perhatian ramai ialah mengenai gosip cinta antara Yoon-a dan Jun-ho. Jelas lelaki itu,
Kami tak banyak rakaman bersama kerana saya sering bersama Pyeong-hwa (Go Won-hee). Suasana set ‘King The Land’ sangat baik kalau nak dibandingkan dengan apa yang disiarkan dalam rakaman di sebalik tabir.
Tambahnya,
Babak di mana mereka berdua bekerja bersama nampak harmoni sahaja. Sesetengah babak seperti babak ciuman manis nampak profesional. Bukan kah mereka berdua pernah menjadi hos bersama? Itu merupakan asasnya, jadi ia menjadi potensi penuh.
Dalam “King The Land”, Kim Jae-won membawa watak Lee Ro-woon yang mengejar seniornya dan wanita lebih tua, Pyeong-hwa tanpa memandang ke arah lain.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.