Ikuti Kami:

“Pulanglah..” – Ada Salah Faham, Perbualan Kim Jongkook & Lee Kwangsoo Di IG Tular

“Pulanglah..” – Ada Salah Faham, Perbualan Kim Jongkook & Lee Kwangsoo Di IG Tular

Meskipun sudah tidak bersama dalam “Running Man”, namun hubungan Lee Kwang-soo dan Kim Jong-kook kekal baik.

Baru-baru ini, Kim Jong-kook telah pun meriliskan single terbaru bertajuk ‘The Spring Is Here’ dan rakan-rakan rapat lelaki itu telah pun memuat naik Instagram Story dengan menggunakan lagu itu sebagai tanda sokongan.

Walau bagaimanapun, Lee Kwang-soo yang turut mempromosikan lagu itu dilihat ‘memarahi’ Kim Jong-kook kerana tidak memuat naik semula posting sokongan itu di akaunnya meskipun dia ‘repost’ entri rakan lain.

kim jongkook lee kwangsoo

Menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh kedua mereka mengenai kejadian itu, Lee Kwang-soo terus merintih,

Saya banyak kali membuka Instagram Story untuk melihat sama ada awak repost atau tak.

Balas Kim Jong-kook,

Awak tak tag saya, jadi saya tak tahu bagaimana nak repost. Hampir berlaku salah faham yang besar, nasib awak hubungi saya. Lagu ini memang ditujukan untuk awak, ‘Pulanglah’.

Jauh macam mana pun, mereka masih lagi bertelagah macam adik-beradik sebenar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...