Ikuti Kami:

“Dia Elak Kita..” – Ahli ‘Running Man‘ Tak Dapat Hubungi Lee Kwangsoo?

“Dia Elak Kita..” – Ahli ‘Running Man‘ Tak Dapat Hubungi Lee Kwangsoo?

Dalam ramai-ramai bekas ahli “Running Man”, sepertinya Lee Kwang-soo merupakan ahli yang masih rapat dengan yang lain.

Dalam episod terbaru, kesemua ahli tanpa temamu telah menjalani misi ‘Running No Post Marble’. Dalam salah satu misi, mereka perlu menghubungi kenalan rapat dan memastikan mereka menyebut satu perkataan yang ditetapkan. Lebih kelakar, ahli perlu terus menutup talian selepas perkataan itu disebut tanpa penjelasan lanjut.

Ia merupakan situasi di mana mereka akan mencarut.

Mendengarkan mengenai carutan, Song Ji-hyo berkongsi cerita bahawa Lee Kwang-soo tertangkap mengatanya di belakang. Ceritanya apabila bertemu lelaki itu,

Saya bergurau dan memintanya jangan mengumpat saya. Dia berkata yang dia tidak bermaksud begitu dan ianya hanyalah gurauan sahaja.

running man

Yoo Jae-suk kemudiannya menggunakan peluang itu untuk menghubungi Lee Kwang-soo namun panggilan itu diangkat. Katanya,

Dia mesti perasan hari ini hari penggambaran.

Seloroh Kim Jong-kook,

Dia mengelak lah tu.. kalau Na Young-seok yang telefon, mesti dia angkat.

Dorang memang tak boleh hidup tanpa Lee Kwang-soo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...