Ikuti Kami:

Pulang Seorang Diri Dari Percutian Keluarga, Ramai Syak Perkahwinan Jang Donggun & Go Soyoung Sedang Berantakan

Pulang Seorang Diri Dari Percutian Keluarga, Ramai Syak Perkahwinan Jang Donggun & Go Soyoung Sedang Berantakan

Semua mesti tertanya-tanya mengenai kisah pendedahan mesej ‘panas’ di antara selebriti terkenal Korea. Walaupun banyak nama yang menjadi buah mulut netizen, tetapi yang menerima tempias hebat dalam pendedahan ini ialah Jang Donggun. Sebelum ini, dilaporkan bahawa pelakon lelaki itu serta isteri dan anak-anaknya telah terbang ke Hawaii untuk percutian keluarga. Pun begitu, pasangan suami isteri itu dikhabarkan tidak bercakap langsung mungkin disebabkan oleh gosip liar ini.

jang donggun tak bercakap dengan go soyoung

Baru-baru ini, portal media mendedahkan bahawa Jang Donggun sudah pun pulang daripada percutian tersebut tetapi menghairankan apabila lelaki itu kembali tanpa ditemani oleh isterinya, Go Soyoung serta anak-anaknya. Mereka anak-beranak bakal pulang berasingan pada waktu yang berbeza.

jang donggun tak bercakap dengan go soyoungDisebabkan kembali ke Korea berseorangan, ramai yang ‘speku’ bahawa khabar angin mengenai hubungan mereka sedang berantakan adalah benar. Tambahan pula, Go Soyoung lebih senang mendiamkan diri selepas insiden suaminya itu terbongkar sehingga ke pengetahuan orang ramai.

Panas betul industri hiburan Korea dua tiga hari ini! Nantikan perkembangan terbaru mengenai ‘teh’ ini.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...