Ikuti Kami:

Kantoi Langgan Pelacur, Jang Donggun Bawa Isteri ‘Lari’ Ke Hawaii & Mereka Dikhabarkan Tidak Bercakap Langsung

Kantoi Langgan Pelacur, Jang Donggun Bawa Isteri ‘Lari’ Ke Hawaii & Mereka Dikhabarkan Tidak Bercakap Langsung

Mungkin ramai yang masih terkejut lagi dengan pendedahan beberapa selebriti terkenal yang rupanya melanggan pelacur secara diam. Bermula daripada rantaian mesej di dalam telefon bimbit pelakon Joo Jinmo yang disebarkan oleh penggodam ke serata internet, tak sangka ramai selebriti yang terlibat dengan kancah hina tersebut.

Meskipun ada yang tak kisah kerana beberapa pelakon yang disebut itu berstatus bujang tetapi ternyata netizen marah dengan pelakon Jang Donggun kerana buat hal walhal dia merupakan seorang suami kepada pelakon cantik iaitu Go Soyoung. Dahlah langgan pelacur semasa isterinya itu sedang mengandungkan anak kedua mereka. Hmphh!

jang donggun dan go soyoung

Selepas berita mengejutkan itu memenuhi ruangan portal media, ramai yang tertanya-tanya dengan keadaan Go Soyoung selepas suami kesayangannya kantoi mempunyai hubungan sulit dengan beberapa wanita kabaret.

Menurut satu sumber, keluarga selebriti itu dikatakan sedang bercuti di Hawaii sejak daripada minggu lepas lagi. Seorang netizen telah memuat naik satu entri di laman komuniti popular di Korea. Katanya, dia terkejut apabila terserempak dengan pasangan tersebut di kelas ekonomi dalam sebuah penerbangan. Mereka juga dikhabarkan duduk berasingan selain tidak bercakap langsung antara satu sama lain.

jang donggun tak bercakap dengan go soyoung

“Dia masih boleh kekal dengannya walaupun sesuatu seperti itu telah berlaku?”

“Saya rasa seperti isteri Joo Jinmo akan tinggalkannya tetapi Go Soyoung akan kekal bersama untuk teruskan hubungan ‘berlakon’ mereka.”

“Bayangkan betapa malunya dia? Isterinya bukanlah seorang yang tidak dikenali, dia adalah Go Soyoung! Tiada siapa pun dalam negara ini yang tidak kenal dengan pasangan ini. Dan ditangkap curang dengan wanita lain? Tiada apa yang lebih memalukan daripada ini. Tak boleh fikir macam mana anak-anak mereka di sekolah. Entah-entah mereka sudah membaca semua artikel yang berterbangan ini.”

“Mesti mereka main beli sahaja tiket kapal terbang yang ada kerana mereka nak cepat…”

“Dah tentu mereka beli tiket kelas ekonomi kerana mereka nak lari cepat… Dan suasana antara mereka adalah tegang kerana tak akan pula mereka nak duduk bergelak ketawa, nanti ada yang kenal. Dunia selebriti adalah sangat berbeza. Apa yang kita rasa memusnahkan, mungkin tidak memberi kesan langsung kepada mereka. Saya tak rasa mereka akan bercerai~”

Nantikan kemas kini terbaru mengenai isu ini!

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...