Rancangan hiburan yang diketuai G-Dragon iaitu “Good Day” nampaknya kurang menerima sambutan.
Selepas 8 episod bersiaran, program “Good Day” telah pun menemui penamat. Namun, ia berakhir dengan rating kurang memuaskan iaitu hanya 2.7%.
Menurut laporan Wikitree, sebab terbesar rating rancangan itu jatuh adalah kerana kontroversi melibatkan Kim Soo-hyun, yang merupakan salah seorang yang turut serta dalam program tersebut.
Disebabkan dakwaan dia menjalinkan hubungan dengan Kim Sae-ron ketika mendiang masih di bawah umur, penonton rata-rata memberikan respon negatif terhadap “Good Day”.
Meskipun wajahnya telah disunting keluar, kebanyakan netizen nampaknya telah kurang berminat untuk menonton rancangan tersebut.