Drama lakonan Han Suk-kyu memang boleh dipercayai!
Drama misteri thriller yang turut dibintangi Han Ye-ri, dan Chae Won-bin ini memulakan siaran dengan rating tontonan yang membanggakan.
Menurut Nielsen Korea, episod pertama “Doubt” mencatatkan purata rating nasional sebanyak 5.6%, dua kali ganda daripada rating yang dicapai oleh tayangan perdana drama “Black Out” yang bersiaran sebelum ini dalam slot yang sama.
Walau bagaimanapun, episod keduanya hanya mencapai rating 4.6% namun masih lagi berada dalam lingkungan rekod yang baik.
Untuk pengetahuan, “Doubt” mengisahkan seorang profiler terhebat Korea yang melalui dilema selepas mengetahui penglibatan anaknya dalam satu pembunuhan ngeri.
Korang kena tengok!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.