Ikuti Kami:

Han Sukkyu, Lee Sungkyung & Ahn Hyoseop Sah Terajui ‘Dr Romantic 3’

Han Sukkyu, Lee Sungkyung & Ahn Hyoseop Sah Terajui ‘Dr Romantic 3’

Berita baik buat penonton setia francais “Dr. Romantic”!

Pagi ini telah disahkan bahawa musim ketiga drama itu sedang dalam pembikinan serta mengesahkan penyertaan Han Suk-kyu, Lee Sung-kyung dan Ahn Hyo-seop sebagai teraju utamanya.

Untuk pengetahuan, “Dr. Romantic” membawa kisah ‘doktor sebenar’ bertempat di Hospital Doldam yang usang. Drama ini terbukti popular apabila musim pertamanya pada 2016 berjaya merekodkan rating setinggi 27.6% manakala sebanyak 27.1% semasa musim keduanya pada 2020.

Merupakan wajah musim kedua, Han Suk-kyu sekali lagi disertai Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung untuk musim terbaru ini.

dr romantic 3

Kata pihak produksi “Dr. Romantic”,

‘Dr. Romantic’ adalah sebuah drama yang kami sangat berterima kasih kerana ianya menerima kasih sayang yang banyak pada setiap musim. Walaupun 2 tahun sudah berlalu, pihak produksi dan para pelakon akan melakukan yang terbaik bagi semua yang menantikan kepulangan ‘Dr. Romantic’. Kami meminta perhatian dan jangkaan dari anda buat ‘Dr. Romantic 3’ yang akan kembali lebih kuat dari sebelumnya.

Khabarnya, musim ketiga drama ini akan bertemu penonton pada separuh pertama 2023.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...