Selepas umum berkahwin, Song Joong-ki dan isterinya Katy Louise Saunders telah membuat penampilan pertama di khayalak ramai.
Terbaru pada 16 Februari, Song Joong-ki dilihat berada di lapangan terbang Incheon, akan berlepas ke Hungary untuk penggambaran filemnya “My Name is Loh Kiwan”.
Tidak berseorangan, pelakon “Reborn Rich” itu turut ditemani isteri dan juga anjing peliharaan mereka, menarik perhatian orang ramai memandangkan ini adalah penampilan umum pertama mereka selepas kongsi telah berkahwin dan bakal timang cahaya mata pertama.
https://twitter.com/sjkwings1985/status/1626079099830648833?s=20
Menerusi video dan foto yang dikongsi, Song Joong-ki nampak prihatin dalam menjaga isterinya yang sedang mengandung kini, seperti meminta wartawan untuk menjaga jaraknya dengan kedua mereka.
Dalam pada itu, agensi mengumumkan bahawa pelakon lelaki tersebut akan menjalani penggambaran “My Name is Loh Kiwan” selama 2 bulan di Hungary.
Semoga sentiasa bahagia Song Joong-ki dan Katy!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉