Ikuti Kami:

Populariti Peringkat Antarabangsa, Jung Hoyeon Akan Muncul Dalam Muzik Video The Weeknd

Populariti Peringkat Antarabangsa, Jung Hoyeon Akan Muncul Dalam Muzik Video The Weeknd

Jung Ho-yeon sekarang nampaknya tengah sibuk dengan aktivitinya di luar negara.

Terbaharu pada 1 April, penyanyi Kanada The Weeknd dengan lagu popular seperti “Blinding Lights”, “Save Your Tears” dan banyak lagi, telah memuat naik fotonya bersama Jung Ho-yeon, yang merupakan adegan dari muzik videonya yang akan datang.

Universal Music yang merupakan agensi kepada The Weeknd telah mengesahkan penampilan Jung Ho-yeon dalam MV artis tersebut,

Muzik video yang menampilkan Jung Ho-yeon akan dikeluarkan pada 5 April di waktu tempatan A.S.

Sekadar info, muzik video yang menampilkan Jung Ho-yeon bagi lagu “Out of Time”, merupakan salah satu lagu daripada album studio ke-5 The Weeknd “Dawn FM”, yang dikeluarkan pada bulan Januari lepas.

Hebat kan penangan “Squid Game” pada Jung Ho-yeon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...