Peminat K-Drama pastinya mengenali Seo Hye-won yang kerap muncul dalam pelbagai naskhah dalam tahun ini kan?

Nah! Ini drama yang dibintanginya dalam 2022 sahaja.
A Business Proposal
Bawa watak Jin Young-seo, dia menjadi kesayangan ramai dek loghat ‘westerner’ yang menjelekkan namun bikin ketawa.
Bloody Heart
Dalam drama bersejarah ini, Seo Hye-won membawa watak orang kebanyakan bernama Hyang Yi.
Alchemy Of Souls
Wanita genit berusia 29 tahun ini sekali lagi membintangi drama bersejarah sebagai So Yi.
Extraordinary Attorney Woo
Terbaru, dia membuat kemunculan khas sebagai klien Woo Young-woo bernama Choi Da-hae dalam episod ke-11.
Kalau anda nak tahu, Seo Hye-won pernah berlakon dalam pelbagai drama “Team Bulldog: Off-Duty Investigation”, “True Beauty”, “Nevertheless”, “Jirisan”, “Let Me Be Your Knight” dan banyak lagi.
Makin popular kan Seo Hye-won?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.