Popular Dek ‘A Business Proposal’, Penonton Seronok Lihat Personaliti Sebenar Seo Hyewon
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Boleh dikatakan semua pelakon di dalam “A Business Proposal” menerima pujian ramai dek pembawaan watak yang baik.
Antara yang turut menjadi kegemaran penonton meskipun sering beralah dengan Jin Young-seo (Seol In-ah) ialah Yoo Jung (Seo Hye-won). Walaupun babaknya tidak begitu banyak, namun kemunculannya saban kali akan membuatkan semua ketawa. Antagonis yang sukar dibenci!
Kalau anda nak tahu, Seo Hye-won dan Seol In-ah sebenarnya rapat di dalam dunia sebenar.

Disangka suka berfesyen berlebihan kerana wataknya itu, Seo Hye-won sebenarnya seorang yang trendy dan periang dalam kehidupan biasa. Bahkan apabila berambut panjang, dia kelihatan seperti puteri.
Kalau anda nak tahu, Seo Hye-won berusia 29 tahun kini dan baru menceburi bidang lakonan pada 4 tahun yang lalu. Antara naskhah yang pernah disertainya ialah “True Beauty”, “Nevertheless”, “Let Me Be Your Knight” dan banyak lagi.
Comel kan Seo Hye-won!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




