Utama Celebrity News Popular Kini, Nam Jihyun Bakal Adakan Acara Perjumpaan Bersama Peminat

Popular Kini, Nam Jihyun Bakal Adakan Acara Perjumpaan Bersama Peminat

nam jihyun

Untungnya peminat di Korea kerana mempunyai peluang untuk berjumpa dengan Nam Ji-hyun!

Pada 4 Oktober, agensi Nam Ji-hyun iaitu Management SOOP telah mengumumkan bahawa pelakon yang sedang membintangi drama “Little Women” itu, bakal menemui peminatnya dalam sebuah acara tak lama lagi.

Nam Ji-hyun akan mengadakan acara perjumpaan peminat solo yang dipanggil ‘Welcome to My House!’ pada 26 November ini di Auditorium Kampus Hijau Unjeong Universiti Wanita Sungshin, Seoul, jam 4 petang.

Apa yang lebih bermakna, Nam Ji-hyun juga turut melukis sendiri poster jemputan bagi acara perjumpaan peminat berkenaan. Comel sangat!

https://twitter.com/namjihyun_net/status/1577089702179799041

Untuk pengetahuan, ini merupakan acara pertemuan peminat kedua Nam Ji-hyun dalam tempoh 4 tahun selepas acara “Nam Ji Hyun’s first chat” pada 2018.

Dalam pada itu, Nam Ji-hyun sedang membintangi drama popular “Little Women” kini, dan telah menonjolkan bakat lakonannya menerusi watak Oh In-kyung.

Syoknya dapat jumpa Nam Ji-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWiki Tree
Loading...