Ikuti Kami:

“Jangan Percaya Semua Watak” – Penuh Misteri, Pengarah Kongsi Klu Ending ‘Little Women’

“Jangan Percaya Semua Watak” – Penuh Misteri, Pengarah Kongsi Klu Ending ‘Little Women’

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang kesudahan drama “Little Women”, kan?

Bagi yang belum tahu, “Little Women” membawa kisah adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea. Ianya diterajui Kim Go-eun, Nam Ji-hyun dan Park Ji-hu.

Dalam episod 7 dan 8 yang ditayangkan pada minggu lepas, Oh In-joo (Kim Go-eun) dan Choi Do-il (Wi Ha-joon) telah berlepas ke Singapura bagi mencari 70 bilion won yang ditinggalkan arwah rakannya Jin Hwa-young. Bagaimanapun, selepas ditangkap oleh mereka yang diupah oleh Won Sang-ah (Uhm Ji-won), Oh In-joo terus bertindak mengejut dan mengacukan pistol kepadanya.

Khususnya, lakonan Kim Go-eun dalam babak tersebut telah berjaya menjadi bualan penonton, dek ekspresinya yang kelihatan realistik dan amat menjiwai watak.

tvn little women

Selepas 8 episod sudah pun ditayangkan, “Little Women” akan membongkarkan segala misteri dalam 4 episod saja lagi.

Dalam satu temu bual yang dilakukan, pengarah “Little Women” iaitu Ryu Seong-hee berkongsi tentang apa yang penonton patut fokus dalam drama berkenaan, dengan berkata,

Tolong beri perhatian kepada rumah anak patung di rumah Park Jae-sang. Ruang yang akan didedahkan pada masa hadapan mempunyai konsep yang berbeza. Apabila aliran drama berjalan, semakin banyak rahsia akan diperkenalkan, dan apabila semua ini disepadukan, identiti rumah akan terbongkar.

Tambahnya lagi dengan penuh misteri,

Awak tidak sepatutnya mempercayai mana-mana watak.

tvn little women

Dalam pada itu, “Little Women” boleh ditonton pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Netflix!

Memang tak boleh jangka apa ending drama ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...