Ikuti Kami:

“Penonton Tak Akan Menyesal Tonton Drama Ini Sehingga Tamat..” – Penulis ‘Little Women’

“Penonton Tak Akan Menyesal Tonton Drama Ini Sehingga Tamat..” – Penulis ‘Little Women’

Mesti ramai yang tengah seronok layan drama “Little Women” sekarang, kan?

Dalam episod terbaru “Little Women”, pelbagai misteri mencurigakan telah terbongkar, dengan ketiga adik beradik perempuan mula mendapat petunjuk yang berbeza.

Dengan perkembangan plot yang tidak dapat diramalkan, drama ini telah berjaya mencatat rating lebih 10% pada episod ke-6, yang ditayangkan pada minggu lepas.

Dalam satu temu bual, penulis drama “Little Women” iaitu Jeong Seo-gyeong menceritakan kisah disebalik penulisannya untuk drama tersebut. Dia mendedahkan tentang tiga beradik Oh In-joo (Kim Go-eun), Oh In-kyung (Nam Ji-hyun) dan Oh In-hye (Park Ji-hu) dengan mengatakan,

Pada separuh masa pertama, tiga beradik itu masing-masing membuka pintu di hadapan mereka dan memasuki dunia baharu. Adakah mereka akan dapat apa yang sebenarnya mereka inginkan? Bagaimanakah adik-beradik perempuan yang kini terpisah itu akan mencari satu sama lain semula dan memulihkan hubungan mereka? Butiran ini akan menjadi sorotan dalam separuh kedua drama.

netflix little women

Kemudian, penulis juga turut berkongsi plot yang akan berlaku dalam separuh kedua drama “Little Women”. Dia mendedahkan,

Mulai sekarang, setiap adik perempuan akan mula berjuang untuk apa yang mereka ingin dapatkan dengan bersungguh-sungguh. Mereka bertiga akhirnya akan sampai ke tempat yang mereka mahu pergi dengan cara tersendiri. Saya rasa anda tidak akan menyesal menonton cerita itu sehingga tamat, untuk mengetahui ke mana mereka akan pergi dan siapa yang akan mereka lawan untuk ke sana.

Bagi yang belum tahu, “Little Women” membawa kisah adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea. Ia ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Netflix.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...