Untungnya peminat di Korea kerana mempunyai peluang untuk berjumpa dengan Nam Ji-hyun!
Pada 4 Oktober, agensi Nam Ji-hyun iaitu Management SOOP telah mengumumkan bahawa pelakon yang sedang membintangi drama “Little Women” itu, bakal menemui peminatnya dalam sebuah acara tak lama lagi.
Nam Ji-hyun akan mengadakan acara perjumpaan peminat solo yang dipanggil ‘Welcome to My House!’ pada 26 November ini di Auditorium Kampus Hijau Unjeong Universiti Wanita Sungshin, Seoul, jam 4 petang.
Apa yang lebih bermakna, Nam Ji-hyun juga turut melukis sendiri poster jemputan bagi acara perjumpaan peminat berkenaan. Comel sangat!
https://twitter.com/namjihyun_net/status/1577089702179799041
Untuk pengetahuan, ini merupakan acara pertemuan peminat kedua Nam Ji-hyun dalam tempoh 4 tahun selepas acara “Nam Ji Hyun’s first chat” pada 2018.
Dalam pada itu, Nam Ji-hyun sedang membintangi drama popular “Little Women” kini, dan telah menonjolkan bakat lakonannya menerusi watak Oh In-kyung.
Syoknya dapat jumpa Nam Ji-hyun!