Popular Kini, Moon Sangmin Terima Lebih 20 Panggilan Dari Jenama Syarikat & Tawaran Berlakon
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Siapa yang sedang menonton drama “Under the Queen’s Umbrella”, pastinya perasan dengan pelakon Moon Sang-min.
Bagi yang belum tahu, Moon Sang-min adalah pelakon yang sedang menjadi perhatian kini dek penampilannya dalam “Under the Queen’s Umbrella”, dengan wataknya sebagai Putera Seong-nam.
Berkat kemahiran lakonannya yang stabil, ketinggian dan visualnya yang kacak, Moon Sang-min telah menerima banyak cinta dan perhatian oleh penonton seluruh dunia.
Dengan populariti pelakon itu yang semakin meningkat, banyak jenama turut tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan Moon Sang-min. Khabarnya, jenama solekan ‘I’m from’ sedang dalam proses ingin menjadikan pelakon tersebut sebagai model utama buat jenama mereka.

Bukan itu sahaja, agensi turut mendedahkan bahawa Moon Sang-min telah menerima panggilan dari lebih 20 syarikat pengiklanan berbeza, yang berminat menjadikannya sebagai model atau duta. Jelas Awesome Entertainment,
Moon Sang-min pada masa ini menerima banyak panggilan cinta daripada jenama fesyen, kedai dalam talian, permainan, kedai roti, jam tangan, pendidikan dan banyak lagi.
Tambahnya lagi,
Disebabkan lakonan Moon Sang-min dalam drama itu, sebagai tambahan kepada visual segar dan gaya ‘hip’, dia juga telah menerima banyak perhatian daripada dunia pengiklanan, serta menerima tawaran peranan untuk projek baharu.

Wah makin popular Moon Sang-min sekarang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




