Cedera Di Mata Ketika Penggambaran ‘Under The Queen’s Umbrella’, Moon Sangmin Terima Rawatan Kini
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Ada tak yang tengah seronok tonton Moon Sang-min dalam drama “Under the Queen’s Umbrella” sekarang?
Bagi yang belum tahu, Moon Sang-min sedang membintangi drama “Under the Queen’s Umbrella dengan membawa watak sebagai Putera Seong-nam.
Terbaru, agensi bagi pelakon itu mengumumkan bahawa Moon Sang-min telah mengalami kecederaan di matanya, ketika menjalani penggambaran babak aksi drama berkenaan. Jelas agensi,
Moon Sang-min mengalami koyakan di bahagian bawah mata kirinya semasa adegan aksi drama ‘Under the Queen’s Umbrella’ pada hujung Oktober lalu dan telah pun menjalani pembedahan jahitan. Kini, pelakon itu masih menerima rawatan untuk parutnya.

Semoga cepat sembuh Moon Sang-min!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




