Ikuti Kami:

Popular Kini, Agensi Dedah Kang Taeoh Terima Banyak Tawaran Lakonan, Rancangan Hiburan & Iklan

Popular Kini, Agensi Dedah Kang Taeoh Terima Banyak Tawaran Lakonan, Rancangan Hiburan & Iklan

Pasti ramai yang sudah mengenali pelakon Kang Tae-oh menerusi drama “Extraordinary Attorney Woo”.

Bagi yang belum tahu, Kang Tae-oh sedang membintangi drama popular “Extraordinary Attorney Woo” dan memegang watak sebagai Lee Jun-ho. Peranannya sebagai seorang lelaki yang baik dan ‘sweet’ dalam siri itu, telah berjaya membuatkan Kang Tae-oh menjadi antara pelakon yang paling disukai ramai kini.

Dengan popularitinya yang semakin meningkat, Kang Tae-oh juga telah menerima banyak tawaran dari segi projek lakonan, rancangan hiburan, iklan dan banyak lagi. Bagaimanapun, pelakon itu harus menyertai khidmat ketenteraan tak lama lagi.

kang taeoh

Oleh itu, agensi bagi Kang Tae-oh telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Syukurlah, panggilan cinta mencurah-curah dari banyak tempat, termasuk filem, drama, rancangan hiburan, radio, iklan, gambar dan promosi di luar negara. Tetapi ada banyak perkara yang perlu diselaraskan sebelum menyertai tentera, jadi kami sedang mempertimbangkannya dengan teliti.

Makin sibuk la Kang Tae-oh selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...