Ikuti Kami:

Popular Di Luar Negara, ‘The Atypical Family’ Raih Rating Tertinggi

Popular Di Luar Negara, ‘The Atypical Family’ Raih Rating Tertinggi

Makin popular drama “The Atypical Family”!

Tebaru, drama percintaan fantasi yang dibintangi oleh Jang Ki-yong dan Chun Woo-hee mencapai rating tertinggi sepanjang siarannya.

Menurut Nielsen Korea, episod terbaru “The Atypical Family” mencatatkan purata rating sebanyak 4.248% di seluruh negara, menjadi rekod peribadi terbaik bagi drama tersebut.

Dalam episod terbaru ini, Bok Gwi-ju (Jang Ki-yong) dilihat berusaha untuk memenangi hati Do Da-hae (Chun Woo-hee) meski wanita itu cuba mengubah takdir mereka.

the atypical family

Bukan hanya di Korea, “The Atypical Family” dilihat sudah beberapa minggu menduduki dalam ranking popular Top 10 global di Netflix untuk kategori Siri (Bukan Inggeris) dengan jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta setakat ini.

Korang layan tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Single List

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...