Claudia Kim telah mengejutkan peminat dengan penampilannya sebagai seorang wanita yang memiliki masalah berat badan berlebihan dalam “The Atypical Family”.
Dalam “The Atypical Family”, Claudia Kim telah membawa watak sebagai Bok Dong-hee, seorang bekas model yang mengalami masalah berat badan selepas bersara.
Ketika ditanya mengenai pengalamannya membawa watak seperti itu, Claudia Kim berkata,
Proses untuk tukarkan saya jadi Bok Dong-hee sangat mencabar. Saya kena ambil masa lebih 8 jam sebelum penggambaran untuk ubah diri saya jadi seorang wanita yang obesiti.
Tambahnya,
Sejujurnya saya suka sangat dengan watak ini. Meskipun Bok Dong-hee ada konflik dia sendiri, dia tidak pernah bandingkan dirinya dengan sesiapa. Keyakinan diri dia juga sangat tinggi.
Selepas drama itu disiarkan, rata-rata penonton telah memuji kesungguhan pelakon wanita itu.
Komen penonton,
- Kurus cantik, gemuk pun cantik!
- Saya suka sangat dengan watak dia!
- Akhirnya kita dapat juga watak yang lari dari standard kecantikan Korea.
- Sukanya dengan keyakinan dia!
Tak semestinya gemuk tu buruk dan kurus tu cantik kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.