Mencipta fenomena selepas muncul selama 10 saat di dalam “Squid Game”, nampaknya jalan Lee Jung-jun dalam dunia K-Drama semakin terbuka luas.
Dikhabarkan bahawa lelaki itu akan menerajui sebuah drama khas “On Your Own Street, We Are” iaitu bagi menyambut hari kesedaran Orang Kurang Upaya (OKU) di Korea.
Kalau anda nak tahu, KBS sering menghasilkan drama bagi memberikan pengetahuan lebih mengenai hal ini sejak tahun 2009 lagi.
Dalam pada itu, Eun-seo daripada kumpulan WJSN turut ditawarkan untuk menjadi heroin drama pendek ini.
“On Your Own Street, We Are” dijadualkan menemui penonton pada April 2022.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.