Ikuti Kami:

Pelakon Baru Jadi Sebutan Ramai Meski Muncul 10 Saat Sahaja Dalam ‘Squid Game’

Pelakon Baru Jadi Sebutan Ramai Meski Muncul 10 Saat Sahaja Dalam ‘Squid Game’

Tak dinafikan bahawa “Squid Game” merupakan naskhah yang menjadi kegilaan seluruh dunia hari ini.

Malah banyak nama yang menjadi sebutan ramai selepas membintangi siri Netflix tersebut, antaranya Jung Ho-yeon, Lee Yoo-mi dan Wi Ha-joon.

Bukan itu sahaja, khabarnya satu watak sampingan yang hanya menunjukkan muka selama 10 saat sahaja turut popular dan tular di serata media sosial.

Hanya membuat kemunculan dalam episod ketiga “Squid Game” ketika satu babak genting, Lee Jung-jun berjaya membuatkan jantung penonton di luar sana berdegup kencang.

https://gfycat.com/welltodoweightyhoverfly

Di dalam babak tersebut, meskipun lelaki itu merupakan ‘Mask Man’ yang berada di ranking tinggi, dia dibunuh oleh ‘Front Man’ kerana menunjukkan wajah sebenarnya selepas diugut oleh salah seorang peserta permainan survival itu.

Ianya meninggalkan kesan kepada orang ramai memandangkan wajah lelaki itu yang lembut dan comel langsung tidak sepadan dengan raut wajahnya yang kosong dan bekerja untuk membunuh orang.

Baru berusia 23 tahun, Lee Jung-jun sudah pun berlakon di dalam pelbagai drama seperti “Class Of Lies” dan “Kairos”.

Berdiri di ketinggian 182cm, sudah pasti lelaki itu berjaya menarik perhatian ramai walaupun hanya muncul sekejap sahaja.

Dahsyat betul siapa yang dapat mencari siapakah gerangan ‘Mask Man’ tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...