Ikuti Kami:

Popular Dek ‘Extraordinary Attorney Woo’, Bayaran Iklan Park Eunbin Naik 2 Kali Ganda Kini

Popular Dek ‘Extraordinary Attorney Woo’, Bayaran Iklan Park Eunbin Naik 2 Kali Ganda Kini

Siapa sangka, tuah Park Eun-bin nampaknya terletak pada drama “Extraordinary Attorney Woo”.

Ramai pasti sudah mengetahui tentang drama “Extraordinary Attorney Woo” yang semakin menjadi buah mulut peminat drama Korea kini. Dengan populariti drama itu yang semakin meningkat, bayaran Park Eun-bin untuk jenama iklan turut melonjak naik.

Pada 13 Julai, menurut kenyataan orang dalam industri pengiklanan, bayaran pemodelan pengiklanan tahunan Park Eun-bin telah meningkat dua kali ganda sejak sebelum drama itu disiarkan. Sebelum ini, bayaran Park Eun-bin adalah sekitar 200 juta KRW (RM679K) setiap tahun, ini bermakna ia telah melonjak kepada 400 juta KRW (RM1.3 juta) kini.

park eunbin

Untuk pengetahuan, apabila populariti Park Eun-bin semakin meningkat, terdapat juga perubahan dalam demografi untuk syarikat yang menggunakan dia sebagai model. Seorang pegawai dari KGC Ginseng Corporation berkata,

Kami memutuskan untuk menggunakan Park Eun-bin sebagai model untuk jenama kami bagi meningkatkan bilangan pelanggan dalam lingkungan 20-an dan 30-an. Namun, pengguna berusia 40-an dan 50-an kini mula mengenali Park Eun-bin selepas popularitinya menerusi drama ‘Extraordinary Attorney Woo’.

Bukan itu sahaja, pelakon itu juga dijangka akan mendapat lebih banyak perhatian dalam industri pengiklanan pada masa hadapan. Seorang pengarah dari Cheil Worldwide turut menyatakan,

Park Eun-bin menunjukkan spektrum lakonan yang luas dengan membawa pelbagai peranan dalam karya yang berbeza. Dia juga mempunyai imej yang cerah dan positif jadi, dia adalah salah seorang pelakon yang popular dalam industri pengiklanan. Dengan populariti ‘Extraordinary Attorney Woo’, nilai jenamanya akan meningkat sebagai model.

park eunbin extraordinary attorney woo

Dalam pada itu, “Extraordinary Attorney Woo” membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Memang selayaknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...