Ikuti Kami:

Rating Hampiri 10% Dalam 5 Episod, ‘Extraordinary Attorney Woo’ Tamat Penggambaran Hari Ini

Rating Hampiri 10% Dalam 5 Episod, ‘Extraordinary Attorney Woo’ Tamat Penggambaran Hari Ini

Disebabkan kehebatan yang tersebar dari mulut ke mulut, “Extraordinary Attorney Woo” berjaya menci[ta rekod baru pada saban episod.

Dalam episod ke-5 yang ditayangkan kelmarin, drama itu berjaya mencipta rekod membanggakan apabila mencatat rating 9.1% di mana ia merupakan sembilan kali ganda lebih tinggi berbanding catatan episod pertamanya iaitu 0.9%. Malah ini merupakan rekod terbaiknya termasuklah dalam sejarah saluran ENA.

Selepas 8 bulan penggambaran, media melaporkan bahawa “Extraordinary Attorney Woo” bakal menjalani rakaman terakhir hari ini (14 Julai 2022). Meskipun mereka patut menamatkannya pada awal Julai namun ianya terpaksa ditunda kerana musim hujan yang tidak dijangka.

ena extraordinary attorney woo

Khabarnya, kesemua pelakon seperti Park Eun-bin, Kang Tae-oh, Kang Ki-young dan Joo Hyun-young serta staf produksi yang turut sama bekerja keras untuk drama ini bakal berkumpul dalam sebuah acara terakhir pada hari esok (15 Julai 2022).

Dalam episod terbaru, Woo Young-woo dibelenggu dilema di antara kebenaran dan tanggungjawab meinggalkan rasa yang mendalam. Wanita itu turut menundukkan kepala kerana rasa malau dek memalingkan diri dari kebenaran sekaligus memaparkan perkembangan wanita itu sebagai peguam. Bukan itu sahaja, perubahan perasaan Lee Jun-ho buat Woo Young-woo turut membuatkan penonton teruja.

Drama paling best tahun ini, korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...