Selain industri hiburan, Korea Selatan juga popular dengan produk kecantikan yang sangat berkualiti.
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 gincu jenama Korea yang korang patut cuba, dijamin memberi kesan yang cantik pada bibir.
3CE
3CE merupakan salah satu jenama gincu terbesar di Seoul dan ianya tersedia dalam 25 warna. Koleksi warna ditawarkan oleh jenama ini sangat berpigmen dan akan kekal di bibir sepanjang hari. Selain itu, ia juga memberikan kemasan matte berkrim pada bibir dengan hanya satu lapisan sahaja. Walaubagaimanapun, ia boleh mengeringkan bibir, jadi pastikan korang memakai pelembap bibir terlebih dahulu sebelum menggunakan gincu 3CE.
LaKa
Gincu daripada LaKa memberikan kelembapan berpanjangan dengan pigmentasi dan memberi hasil kilauan pada bibir. Spektrum warna yang berwarna-warni daripada warna semula jadi kepada warna merah darah. Ia juga mengekspresikan kilauan manik seperti kaca dan membantu memberi kesegaran pada bibir.
Kalau pakai gincu LaKa warna semula jadi, ia membuatkan bibir korang seperti tidak memakai apa-apa dan kelihatan sangat sihat.
Romand
Romand ialah jenama kosmetik Korea Selatan yang diasaskan dengan kerjasama pempengaruh Korea, Saeron Min. Dia lebih dikenali sebagai Gaeko yang terkenal dengan teknik solekan yang menakjubkan serta sangat transformatif. Formula yang diguna pakai untuk menghasilkan gincu Romand ini memberi kesan terbaik pada bibir termasuk membantu merawat bibir kering.
Bagi sesiapa yang suka dengan warna tidak terlalu gelap, korang boleh cuba gincu jenama ini. Hal ini kerana, mereka menyediakan pelbagai warna menarik dan sangat sesuai untuk para remaja yang baru belajar solek diri.
Peripera
Jenama Peripera menjadi sangat popular di Korea dengan produk Liptint Peri’s Ink mereka. Tekstur untuk gincu daripada Peripera ini sangat ringan dan memberikan warna yang cantik pada bibir setiap wanita. Warnanya juga boleh bertahan lama dan tidak mengeringkan bibir.
Tambahan, Lee Dong-hwi and Kim So-hyun pernah menjadi duta untuk jenama Peripera pada tahun 2016.
Heart Percent
Gincu yang dikeluarkan oleh Heart Percent memberikan hasil yang menawan sebaik sahaja ia diletakkan pada bibir. Ia menghasilkan bibir berkilat dan kelihatan sangat memukau apabila dipakai. Selain itu, formula hasil gabungan lembapan dan minyak yang betul memberikan kesan yang berpanjangan dan membantu untuk merawat bibir kering daripada merekah.
Cantiknya semua shades!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.