Ikuti Kami:

Dipercayai Wanita, Ini Sebab Produk Kecantikan Korea Jadi Rebutan Seluruh Dunia

Dipercayai Wanita, Ini Sebab Produk Kecantikan Korea Jadi Rebutan Seluruh Dunia

Sudah banyak produk Korea yang telah masuk pasaran Malaysia. Tidak boleh dinafikan rakyat Malaysia sudah mula mempercayai keberkesanan produk kecantikan dari sana.

Nak tahu kenapa produk Korea ini berjaya menambat hati pengguna bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain? Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa sebab barangan Korea sangat popular.

Harga mampu milik

Salah satu faktor utama ialah harga yang mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat. Orang ramai boleh menikmati keberkesanan produk-produk Korea tanpa perlu menghabiskan banyak wang. Orang ramai sering salah anggap bahawa jika produk itu murah maka kualitinya tidak bagus, tetapi penjagaan kulit Korea ini tidak seperti yang disangka kerana kualitinya sama sahaja seperti produk yang mahal di luar sana.

Menggunakan bahan semula jadi

bahan semula jadi produk korea

Selain daripada harga mampu milik, pengguna akan mengkaji bahan yang digunakan di dalam produk itu. Bahan semula jadi pasti akan menarik lebih banyak perhatian daripada pembeli kerana ia pasti lebih elok daripada produk yang mempunyai bahan kimia. Produk kecantikan Korea memfokuskan untuk memperbaiki kulit dari dalam dan kesan yang ketara boleh dilihat melalui luaran kulit.

Fokus ke arah kulit yang sihat 

kulit yang sihat

Produk penjagaan kulit Korea telah membawa transformasi besar-besaran dalam industri penjagaan kulit dan alat solek. Mereka sentiasa cuba menghasilkan produk baharu yang menarik seterusnya akan menyebabkan pesaing lain menghadapi kesukaran untuk mengikutinya. Tambahan lagi ianya menumpukan untuk mengekal tekstur kulit yang sihat, terhidrat dengan baik dan memelihara kulit seumur hidup.

Pembungkusan produk

Kebanyakan pembungkusan produk dari Korea sangat comel dan mudah digunakan. Hal ini boleh mempengaruhi orang ramai untuk membeli sesuatu produk lebih-lebih lagi para wanita. Selain itu, cara pembungkusan produk Korea kebanyakkannya dicipta mesra pengguna. Pembungkusan yang mudah dibuka, ditutup dan yang boleh dikitar semula akan memenuhi menarik pengguna untuk membeli.

Inisiatif dari Kerajaan Korea 

kulit cantik produk korea

Antara sebab lain produk penjagaan kulit Korea begitu popular adalah kerana kerajaan mereka dikatakan telah melabur secara aktif dalam jenama kecantikan untuk membangunkan industri kosmetik dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, keberkesanan produk itu bergantung pada jenis kulit seseorang juga.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...