Ikuti Kami:

Jarang Disebut Di Malaysia, Ini 8 Produk Skincare Sebenarnya Disukai Orang Korea

Jarang Disebut Di Malaysia, Ini 8 Produk Skincare Sebenarnya Disukai Orang Korea

Produk penjagaan kulit dari Korea telah menjadi salah satu sensasi kecantikan yang dicari sejak kebelakangan ini kerana keberkesanannya terhadap kesihatan dan kecantikan kulit. Mesti ada di antara korang yang masih tercari-cari produk yang sesuai untuk kulit kan? Jadi, jom lihat 8 produk jenama Korea yang pasti selamat untuk digunakan.

COSRX

COSRX atau nama penuhnya Cosmetic + Prescription merupakan jenama penjagaan kulit Korea alaf baharu yang menyediakan penyelesaian terbaik untuk pelbagai masalah kulit. Tidak seperti jenama tradisional Korea yang lain, COSRX memfokuskan bahan-bahan yang minimum tapi berkesan. Produk ini secara amnya diistilahkan sebagai jenama kecantikan bersih kerana ia dipercayai hanya mengandungi bahan-bahan yang selamat. Ianya bebas daripada pewangi dan warna tiruan, sulfat, paraben, pthalates, minyak mineral, formaldehid dan agen pelepas formaldehid.

Walaupun produk ini sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi ianya menyasarkan golongan yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Sebilangan besar produk ini menfokuskan untuk merawat dan menyembuhkan masalah jerawat. Selain itu, harganya amatlah berpatutan. Setiap produk COSRX dapat bertahan lebih kurang 4 sehingga 10 bulan. Sangat sesuai untuk korang yang nak save budget.

Beauty of Joseon (Serum)

Salah satu produk yang popular dikeluarkan oleh Beauty of Joseon ialah serum. Ianya digemari ramai kerana keberkesanannya yang boleh membantu memulihkan masalah kulit berjerawat. Ianya dirumus dengan ramuan Hanbang dan hypoallergenic. Tambahan, formula niacinamide betul-betul membantu dalam mencerahkan serta mengurangkan sebum di muka terutama di zon-t.  Walau bagaimanapun, tahap keberkesanannya berbeza mengikut pada jenis kulit terutama kalau korang mempunyai kulit sensitif, sebaiknya berhubung dengan pakar terlebih dahulu.

Banila Co. Clean it Zero 

Banila Co Clean It Zero ialah balsem pembersih yang ibaratnya bertukar daripada minyak seperti sherbet kepada sutera apabila disapu pada kulit. Fungsinya adalah untuk membersih kotoran “make-up”. Ia sangat membantu untuk menanggalkan “mascara” selepas seharian memakainya. Keupayaan cleansing balm ini ialah untuk memberikan pembersihan yang mendalam sambil menjadikan kulit berasa segar, gebu dan berseri. Tekstur produk ini lebih kepada berkrim dan bukan sekadar pembersih minyak di muka, ianya terdapat bahan aktif yang berkesan membersih kulit secara mendalam tanpa menganggu keseimbangan lembapan semula jadi kulit.

Iunik (Daily Serum) 

Untuk korang yang nak cuba produk Iunik, korang boleh beli set percubaan serum harian Iunik. Terdapat tiga produk di dalam satu set percubaan seperti Propolis Vitamin Synergy Serum, Rose Galactomyces Synergy Serum dan Tea Tree Relief Serum. Serum propolis mengandungi 70% ekstrak propolis untuk melembutkan kulit. Manakala, Rose Serum pula membantu penghidratan, mencerah dan membantu seimbangkan minyak berlebihan pada kulit. Seterusnya untuk Tea Tree Serum terdapat centella asiatica dan pokok teh untuk kulit yang cerah serta segar.

Skin 1004 (Madagascar Centella Ampoule)

Skin1004 Madagascar Centella Ampoule sangat bagus untuk kulit sebab ia mempunyai centella asiatica yang juga dikenali sebagai gotu kola iaitu sejenis tumbuhan ubatan yang telah digunakan selama ratusan tahun dalam perubatan tradisional Asia. Terutama dalam bidang dermatologi, ianya baik untuk merawat luka kecil, calar, melecur dan sebagai agen anti-radang hipertropik, ekzema. Ia benar-benar lembut dan ringan pada kulit.

Madagascar Centella Ampoule boleh digunakan pada waktu siang dan malam. Bagi korang yang mempunyai skin barrier yang terjejas, ini adalah produk yang terbaik untuk kulit korang.

Purito (Centella Unscented Serum) 

Dengan tumpuan pada formula bahan semula jadi, produk jenama Korea yang bebas kekejaman ini terus menjadi kegemaran bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat. Purito terkenal dengan produknya yang mesra alam. Salah satu produk best seller ialah Centella Unscented Serum yang bertujuan untuk melegakan keradangan kulit dan menguatkan skin barrier di mana ianya mengandungi 49% ekstrak centella Asiatica.

Kalau korang sebelum ini selalu sangat pakai pelbagai jenis produk dekat muka dan korang nak berhenti pakai produk-produk tersebut, korang boleh la pakai serum ini sahaja. Serum Purito ini mengandungi banyak bahan yang bermanfaat pada kulit, korang dah tak perlu pakai banyak produk dalam rutin harian.

Benton (Snail Bee High Content Essence) 

Snail Bee High Content Essence daripada Benton mengandungi 90% ekstrak siput. Ia bagaikan sebuah mimpi menjadi kenyataan kerana produk ini boleh menangani hampir semua masalah kulit, daripada parut jerawat hingga tekstur yang tidak sekata. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengimbangi semula kulit, meredakan kemerahan dan dapat memberi kelembapan berpanjangan. Bahan aktif seperti niacinamide dan adenosine membantu untuk mengurangkan garis halus, kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit.

Tambahan, ia diformulasi tanpa paraben, pigmen dan pewangi tiruan. Matlamat Benton ialah ingin memulihkan kulit bermasalah, mengekalkan awet muda dengan resepi yang sihat serta yang paling penting bukan memberikan kesan sementara dengan bahan-bahan merbahaya.

Round Lab 

Ditubuhkan pada 2017, jenama kecantikan Korea, Round Lab mengunakan bahan yang segar dan berkualiti tinggi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang boleh memperbaiki masalah kulit. Salah satu produk yang disukai ialah krim pelindung matahari. Kalau korang nak jimat, disarankan untuk beli krim pelindung matahari daripada Round Lab sebab ia menggabungkan fungsi pelembap dan pelindung sinaran matahari dalam satu produk. Krim ini memastikan kulit korang dipelihara dan terhidrat dari dalam sambil melindungi kulit daripada UV yang merbahaya.

 Nanti nak pergi belilah salah satu produk ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...