Ikuti Kami:

‘Poong, The Joseon Psychiatrist 2’ Tamat Dengan Rating Rendah, Kim Minjae Akui Kecewa

‘Poong, The Joseon Psychiatrist 2’ Tamat Dengan Rating Rendah, Kim Minjae Akui Kecewa

Setelah 10 episod ditayangkan, musim kedua drama “Poong, The Joseon Psychiatrist” telah pun melabuhkan tirainya semalam.

Terbaru, Kim Min-jae telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tamatnya drama berkenaan. Ketika ditanya sama ada dia mempunyai minat dalam drama bergenre sejarah, pelakon itu menjawab,

Saya rasa saya suka genre drama sejarah kerana ia ada daya tarikan unik yang hanya ada pada drama bersejarah. Sudah tentu, sangat sukar melakukan penggambaran sambil memakai hanbok, tetapi saya sangat menyukainya.

Untuk pengetahuan, “Poong, The Joseon Psychiatrist 2” telah tamat dengan rating hanya 2.4%. Respon Kim Min-jae mengenai rating rendah drama tersebut,

Saya banyak berfikir tentang itu. Alangkah baiknya jika saya dapat menyampaikan drama yang bagus kepada lebih ramai orang tetapi walaupun tidak, tidak mengapa. Saya fikir naskhah ini akan memberi makna yang baik kepada penonton suatu hari nanti, bukan sekarang.

Poong, The Joseon Psychiatrist 2

Tambahnya lagi,

Tetapi, saya telah melakukan yang terbaik semasa penggambaran. Mungkin ada sedikit penyesalan, tetapi tidak mengapa.

Korang layan tak drama ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...