Ikuti Kami:

Kim Minjae Kembali Sertai ‘Dr Romantic 3’

Kim Minjae Kembali Sertai ‘Dr Romantic 3’

Nampaknya sudah semakin lengkap barisan pelakon untuk “Dr. Romantic 3”!

Terbaru, Kim Min-jae juga sudah mengesahkan penyertaannya. Kongsi agensi pelakon lelaki itu,

Kim Min-jae mengesahkan kemunculan dalam ‘Dr Romantic 3’ yang dijadualkan bersiaran pada separuh pertama tahun hadapan.

sbs dr romantic 3

Dalam musim pertama dan kedua, Kim Min-jae bertanggungjawab membawa watak Park Eun-tak iaitu seorang jururawat yang efisien dan menjalinkan hubungan cinta bersama doktor Yoon Ah-reum (So Ju-yeon).

Untuk pengetahuan, “Dr. Romantic” membawa kisah ‘doktor sebenar’ bertempat di Hospital Doldam yang usang. Drama ini terbukti popular apabila musim pertamanya pada 2016 berjaya merekodkan rating setinggi 27.6% manakala sebanyak 27.1% semasa musim keduanya pada 2020.

Nantikan siri ini di SBS nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...