Ikuti Kami:

Kembali Bawa Watak Yoon Ahreum, So Juyeon Sah Sertai ‘Dr. Romantic 3’

Kembali Bawa Watak Yoon Ahreum, So Juyeon Sah Sertai ‘Dr. Romantic 3’

Makin ramai pelakon yang disahkan menyertai musim ketiga “Dr. Romantic”!

Terbaru, So Ju-yeon yang membawa watak Yoon Ah-reum dalam musim kedua drama SBS berkenaan disahkan akan kembali menyambung wataknya itu untuk musim baru ini. Hal ini diumumkan oleh agensinya sendiri pada pagi ini.

Dalam musim lalu, penonton menonjolkan perhatian mendalam buat watak doktor Yoon Ah-reum kerana hubungan cinta yang comel bersama jururawat Park Eun-tak yang dilakonkan oleh Kim Min-jae.

so juyeon

Untuk pengetahuan, “Dr. Romantic” membawa kisah ‘doktor sebenar’ bertempat di Hospital Doldam yang usang. Drama ini terbukti popular apabila musim pertamanya pada 2016 berjaya merekodkan rating setinggi 27.6% manakala sebanyak 27.1% semasa musim keduanya pada 2020.

Terdahulu, “Dr. Romantic 3” dijadual memulakan tayangan pada separuh pertama 2023.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...