Ikuti Kami:

Polis Tersepit Antara Kerja & Cinta, Ji Changwook & Wi Hajoon Dedah Sebab Perlu Tonton ‘The Worst Of Evil’

Polis Tersepit Antara Kerja & Cinta, Ji Changwook & Wi Hajoon Dedah Sebab Perlu Tonton ‘The Worst Of Evil’

Apa perasaan semua yang sekian lama menantikan tayangan perdana “The Worst Of Evil”?

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, penonton disajikan dengan banyak babak berdarah apabila sekumpulan penjenayah dan polis bertarung bagi menjaga kepentingan masing-masing. Namun drama ini menarik perhatian ramai kerana pertelingkahan antara Gi-cheul (Wi Ha-joon) yang mahu menjaga bisnes dadahnya dari pengetahuan pihak berkuasa dan Jun-mo (Ji Chang-wook) yang mencuba sedaya-upaya untuk dinaikkan pangkat sebagai detektif dengan menyelesaikan kes ini.

Bagi menambah konflik cerita, isteri Jun-mo iaitu Eui-jeong (Im Se-mi) yang juga seorang pegawai polis mula berbelit antara jalinan dua lelaki itu memandangkan dia dalam dilema untuk memilih suami ataupun cinta pertamanya dahulu iaitu Gi-cheul.

the worst of evil

Menerusi sidang media “The Worst Of Evil” yang berlangsung kelmarin, pelakon wanita itu turut meluahkan apa yang mungkin berlaku dalam episod akan datang drama ini,

Saya berada di persimpangan tentang ke arah mana Eui-jeong perlu tujui, laluan sebagai seorang wanita atau laluan sebagai seorang polis?

Bukan itu sahaja, para pelakon turut memberikan titik menarik mengenai drama ini yang mungkin akan disukai penonton. Ulas Wi Ha-joon mengenai persona “The Worst Of Evil”,

Saya merasakan drama ini bukanlah sesuatu yang biasa dilihat sebelum ini. Ia adalah satu bahagian noir buat generasi muda dan mungkin tidak sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

the worst of evil

Dalam pada itu, siri yang bersiaran secara eksklusif di Disney+ ini bakal membuatkan penonton terpaku di tempat duduk dek ekspresi emosi yang disampaikan setiap watak dan bukannya bergantung penuh pada koreografi aksi sahaja,

Kami mahu menyampaikan dengan lebih mendalam sebab mereka bergaduh.

Bagi yang tidak mengetahui, “The Worst of Evil” membawa kisah seorang pegawai polis yang menyeludup masuk ke dalam organisasi dadah pada ketika tahun 1990-an.

Tonton tiga episod awal siri ini di Disney+ sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...