Ikuti Kami:

Diterajui Ji Changwook & Wi Hajoon, ‘The Worst Evil’ Tayang September Ini Di Disney+

Diterajui Ji Changwook & Wi Hajoon, ‘The Worst Evil’ Tayang September Ini Di Disney+

Selepas 8 bulan jalani penggambaran, drama “The Worst Evil” akhirnya bakal menemui penonton tak lama lagi!

Terbaru, Disney+ telah mengumumkan “The Worst Evil” yang diterajui Ji Chang-wook dan Wi Ha-joon, akan ditayangkan pada 27 September ini.

Untuk pengetahuan, drama ini akan membawa kisah tentang seorang pegawai polis yang menemui jalan buntu ketika menyiasat kancah dadah antarabangsa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk membongkarkan jenayah mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 디즈니+ 코리아 (@disneypluskr)

Dalam drama ini, Ji Chang-wook akan membawa watak sebagai Park Joon-mo, seorang pegawai polis yang menyusup masuk ke dalam sindiket dadah di Gangnam. Manakala Wi Ha-joon akan menghidupkan watak Gi Chul, iaitu ketua sindiket dadah.

Jangan lupa tonton “The Worst Evil” pada 27 September ini di laman Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...