Ikuti Kami:

Penuh Aksi, Jeon Jongseo, Ji Changwook & Lee Soohyuk Sah Terajui Drama Sejarah ‘Queen Woo’

Penuh Aksi, Jeon Jongseo, Ji Changwook & Lee Soohyuk Sah Terajui Drama Sejarah ‘Queen Woo’

Siap sedia semua untuk tonton drama bersejarah dengan ramai pelakon hebat!

Terbaru, TVING mengumumkan Jeon Jong-seo, Kim Moo-yeol, Ji Chang-wook, Jung Yoo-mi, Lee Soo-hyuk dan Park Ji-hwan telah disahkan akan membintangi drama baru berjudul “Queen Woo”.

Untuk pengetahuan, “Queen Woo” yang diarahkan oleh Jeong Se-gyo, akan mengikuti perlumbaan untuk menubuhkan raja baru dalam tempoh 24 jam selepas kematian mengejut raja sebelum ini. Ia dijangka akan dipenuhi dengan adegan aksi dan suspen.

Selain itu, drama ini akan berlatarkan dunia yang diilhamkan oleh sejarah Ratu Woo, yang mengekalkan kuasanya melalui amalan perkahwinan jenayah yang tidak konvesional iaitu suatu adat perkahwinan Goguryeo.

tving queen woo

Di situ, seorang janda akan mengahwini semula adik lelaki suaminya yang telah meninggal dunia untuk memelihara keturunan keluarga.

Nantikan “Queen Woo” akan ditayangkan di TVING pada tahun 2024 nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...