Ikuti Kami:

Polis Larang Park Minyoung Keluar Dari Korea Selatan Dek Isu Seleweng Wang, Betul Ke?

Polis Larang Park Minyoung Keluar Dari Korea Selatan Dek Isu Seleweng Wang, Betul Ke?

Salah memilih pasangan, nama Park Min-young nampaknya telah dikaitkan dengan kes penipuan bekas teman lelakinya Kang Jong-hyun.

Bagi yang belum tahu, sebelum ini, beberapa media mendakwa bahawa Park Min-young telah dipanggil untuk disoal siasat polis kerana dia disyaki turut terlibat secara sukarela dalam aktiviti penipuan Kang Jong-hyun, iaitu menerima keuntungan haram yang besar melalui manipulasi saham.

Bukan itu sahaja, ada juga yang melaporkan bahawa pihak polis telah melarang pelakon “Love in Contract” itu untuk keluar dari Korea Selatan semasa kes ini masih dalam siasatan.

Setelah pelbagai spekulasi dibuat, agensi pelakon wanita itu iaitu Hook Entertainment tampil memberi kenyataan,

Kami ingin memberikan penjelasan mengenai laporan yang menyatakan bahawa Park Min-young telah dipanggil untuk disoal siasat polis dan telah dilarang untuk keluar dari Korea Selatan.

park minyoung

Jelas agensi,

Untuk pengetahuan, Park Min-young telah dipanggil untuk disoal siasat pada 13 Februari sebagai saksi semata-mata dalam siasatan, tetapi polis tidak melarangnya untuk melancong ke luar negara. Kami memohon maaf kerana menyampaikan berita yang tidak menyenangkan semasa masa sukar ini dan untuk maklum balas agensi yang lewat.

Semoga segalanya dipermudahkan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...