Ikuti Kami:

Polis, Bomba & Forensik Bekerjasama, ‘The First Responders 2’ Akan Ditayangkan Ogos Ini

Polis, Bomba & Forensik Bekerjasama, ‘The First Responders 2’ Akan Ditayangkan Ogos Ini

Drama “The First Responders” akan kembali menemui penonton dengan musim kedua!

Terbaru, SBS telah mengumumkan “The First Responders 2” akan mula disiarkan pada Ogos ini, dengan memaparkan lebih banyak kerja berpasukan yang dipertingkatkan antara bomba, pasukan polis dan Perkhidmatan Forensik Kebangsaan (NFS).

Bagi yang belum tahu, “The First Responder” yang diterajui Kim Rae-won, Son Ho-jun dan Gong Seung-yeon, akan berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memadamkan api. Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak.

sbs the first responders

Menambah keterujaan penonton, pasukan produksi berkongsi,

Ini adalah projek yang sekali lagi akan menunjukkan kekuatan penulis Min Ji-eun, yang merakam kerjasama antara Perkhidmatan Forensik Negara dan polis dalam siri ‘Partners for Justice’. Perjuangan polis, bomba dan NFS mengejar seorang pembakar bersiri, jenayah yang tidak berhenti selagi ada oksigen, akan memberikan katarsis yang mendebarkan kepada penonton. Kami meminta banyak jangkaan.

Nantikan musim kedua “The First Responders” pada Ogos ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...