Ikuti Kami:

Drama Pertama Selepas 2 Tahun, Moon Geunyoung Akan Muncul Dalam Musim Kedua ‘Hellbound’

Drama Pertama Selepas 2 Tahun, Moon Geunyoung Akan Muncul Dalam Musim Kedua ‘Hellbound’

Setelah lama menyepi, pelakon Moon Geun-young akan kembali dalam dunia drama Korea!

Terbaru, Moon Geun-young telah disahkan akan membuat penampilan istimewa dalam musim kedua siri Netflix “Hellbound”, menambah keterujaan penonton.

Khususnya, ini adalah penampilan pertama pelakon wanita itu dalam 2 tahun, selepas muncul dalam drama istimewa KBS “Memories of Hae-gak” pada 2021.

Bagi yang belum tahu, “Hellbound 2” adalah sambungan dari musim pertama, mengikuti manusia yang menghadapi fenomena ghaib yang menakutkan, iaitu utusan dari neraka yang muncul di bumi tanpa amaran dan menghantar orang ke neraka melalui cara terkutuk.

moon geunyoung hellbound 2

Dalam musim kedua drama ini, Moon Geun-young dijangka akan membawa watak sebagai ketua anak panah yang mengetuai penyokong perpecahan.

Sementara itu, Kim Sung-cheol telah disahkan bakal menggantikan watak Yoo Ah-in dalam “Hellbound 2”.

Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...