Ikuti Kami:

Plot Twist Demi Plot Twist, Episod Akhir ‘Lies Hidden In My Garden’ Raih Rating Tertinggi

Plot Twist Demi Plot Twist, Episod Akhir ‘Lies Hidden In My Garden’ Raih Rating Tertinggi

Meskipun 8 episod sahaja, namun penonton tak senang duduk menonton “Lies Hidden In My Garden” hingga ke sudah.

[Amaran SPOILER]

Akhirnya Joo-ran (Kim Tae-hee) berjaya melepaskan diri dari belenggu suaminya, Jae-ho (Kim Sung-oh) selepas dia mati ketika bergelut dengannya. Ketika disiasat, wanita itu menggalas kesemua beban jenayah itu di atas bahunya dan tidak melibatkan Sang-eun (Im Ji-yeon) dalam pendedahan itu.

Katanya, dia bersyukur buat Sang-eun kerana membantu membuka matanya dari terus tenggelam dengan ‘perangkap emosi’ Jae-ho. Disebabkan oleh itu, Sang-eun yang sudah biasa didera suami dapat merasai perasaan bebas dari genggaman lelaki tak guna.

lies hidden in my garden

Selepas melahirkan anaknya. Sang-eun memulakan hidup sebagai staf di kedai roti manakala Joo-ran juga berbahagia bersama anaknya selepas keluar dari penjara.

Mungkin kerana jangkaan penonton dengan plot twist yang tak dijangka, episod akhir “Lies Hidden In My Garden” berjaya meraih rating sebanyak 3.0% di mana ia merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan siri itu sepanjang tayangannya.

Korang okay tak dengan ending?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...