Ikuti Kami:

“Mak Lawa Tapi..” – Pelakon Ini Dikecam Bawa Watak Anak Kim Taehee Dalam ‘Lies Hidden In My Garden’

“Mak Lawa Tapi..” – Pelakon Ini Dikecam Bawa Watak Anak Kim Taehee Dalam ‘Lies Hidden In My Garden’

Bukan senang pelakon nak puaskan hati penonton kan? Ada sahaja yang tak kena..

Meskipun bersiaran di saluran kurang popular namun drama “Lies Hidden In My Garden” terbukti mempunyai pengaruh tersendiri. Malah sejak tayangan awal, siri ini telah mendapat pujian penonton kerana pilihan pelakon yang mantap untuk setiap watak di dalamnya.

Bukan Kim Tae-hee mahupun Kim Sung-oh, namun watak anak mereka iaitu Park Seung-jae yang dilakonkan oleh Cha Sung-je menjadi topik utama bualan penonton sejak kebelakangan ini.

Dalam episod terbaru ini, penonton dikejutkan apabila mendapat tahu bahawa pelajar itulah yang menyembunyikan mayat di laman rumah mereka dan meminta bantuan ayahnya bagi menutup jenayah itu.

cha sungje

Selepas kemunculannya, Cha Sung-je menerima pujian buat bakat lakonan yang dipaparkan namun turut menerima komen buruk sampingan mengenai imejnya. Segelintir komen mengatakan bahawa dia tak sesuai membawa watak pelajar kerana kurang menarik dan matang, tambahan pula dia membawa watak sebagai anak ‘ratu kecantikan’ Kim Tae-hee.

Malah ada yang meninggalkan komen bahawa mereka berhenti menonton drama itu apabila Cha Sung-je muncul di skrin dan tertanya-tanya bagaimana pelakon lelaki tersebut dipilih untuk membintangi drama berkenaan.

Walaupun dikatakan nampak ‘tua’ untuk membawa watak pelajar, Cha Sung-je sebenarnya baru berusia 16 tahun dan sedang belajar di peringkat sekolah menengah kini. Dia juga sudah berlakon dalam pelbagai drama seperti “Reborn Rich”, “Under the Queen’s Umbrella”, “The King: Eternal Monarch” dan “Crash Landing on You”.

Pun begitu, rata-rata penonton K-Drama sudah lama mengenali Cha Sung-je selain memperakui bahawa remaja itu mempunyai bakat yang besar dan mampu mendalami pelbagai watak dengan baik sejak awal debutnya lagi.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...