Ikuti Kami:

Plot Tentang Kemurungan, Lee Yoomi Akan Sertai Minho SHINee & P.O Dalam Filem ‘New Normal’

Plot Tentang Kemurungan, Lee Yoomi Akan Sertai Minho SHINee & P.O Dalam Filem ‘New Normal’

Selepas “Squid Game”, Lee Yoo-mi nampaknya telah menjadi rebutan ramai kini!

Terbaru, Lee Yoo-mi telah disahkan akan menyertai Choi Ji-woo, Min-ho SHINee, Jung Dong-won, P.O dan Ha Da-in dalam filem akan datang “New Normal”.

Untuk pengetahuan, “New Normal” ialah kisah yang melibatkan mereka yang mengalami kemurungan dan keletihan semasa ‘zaman menyendiri’ moden, di mana ramai orang Korea makan dan tinggal bersendirian.

lee yoomi

Filem ini akan diarahkan oleh Jung Beom-sik, yang sebelum ini mengarahkan “Epitaph” dan “Gonjiam: Haunted Asylum”.

Sekadar info, sebelum ini, Lee Yoo-mi juga telah disahkan akan terajui drama sukan “Mental Coach Je Galgil” bersama Jung Woo, Kwon Yul dan ramai lagi.

Makin sibuk Lee Yoo-mi sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...