Ikuti Kami:

Jung Woo, Lee Yoomi & Kwon Yul Sah Terajui Drama Sukan ‘Mental Coach Je Galgil’

Jung Woo, Lee Yoomi & Kwon Yul Sah Terajui Drama Sukan ‘Mental Coach Je Galgil’

Drama terbaru tvN iaitu “Mental Coach Je Galgil” sudah pun mengesahkan barisan pelakon utamanya!

Drama ini membawa kisah seorang atlet taekwando yang dibuang kerana satu insiden dan kembali sebagai jurulatih mental buat pasukan kebangsaan bagi melawan dunia di mana hanya yang pertama akan dapat segalanya.

Watak Je Gal-gil akan dilakonkan oleh Jung Woo iaitu seorang jurulatih mental yang merupakan ikon kerja keras. Dia ialah si genius taekwondo yang dibuang terus selepas satu kejadian yang mengejutkan di perkampungan atlet. Dek pengalaman mengalami kesukaran dan trauma ketika di sana, dia lahir sebagai jurulatih mental dan kembali ke tempat itu.

jung woo lee yoomi

Lee Yoo-mi pula bakal membawa watak seorang bekas pemenang pingat emas dunia dalam acara trek pendek yang melalui slump kini. Cha Ga-eul yang dahulunya dikenali sebagai ‘Puteri Ais’ dek wajahnya yang cantik namun sentiasa tiada ekpresi telah menceburi bidang perniagaan sekarang. Sekian lama menyembunyikan perasaannya, wanita itu kemudian berkenalan dengan jurulatih mental, Je Gal-gil.

Kwon Yul pula bertanggungjawab menghidupkan watak Gu Tae-man, seorang bekas pemenang pingat emas acara Taekwondo di peringkat Olimpik dan sangat menyukai kuasa. Dia merupakan individu di sebalik perubahan Je Gal-gil dan sentiasa mensasarkan tempat teratas selain percaya mendapat tempat pertama akan membantu menutup perkara yang lain.

kwon yul park seyoung

Untuk watak Park Seung-ha, Park Se-young dipilih untuk menjadi doktor psikologi yang menyokong kesemua pasukan di perkampungan atlet itu. Wanita itu merupakan ‘anak baik’ yang meninggalkan hospital dan memasuki dunia atlet selepas satu insiden tak dijangka dengan pesakit pertamanya iaitu Je Gal-gil. Walau bagaimanapun, dia kemudiannya bertemu semula dengan lelaki itu yang dianggap sebagai kejutan terbaik hidupnya sebagai rakan kaunselor di perkampungan atlet itu kini.

Khabarnya, “Mental Coach Je Galgil” akan memulakan tayangan pada separuh kedua 2022 di tvN.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...