Ikuti Kami:

Plot Sentiasa Berkembang, Ini Antara 4 K-Drama Bakal Kembali Dengan Musim Ke-3

Plot Sentiasa Berkembang, Ini Antara 4 K-Drama Bakal Kembali Dengan Musim Ke-3

Pengarah K-Drama sentiasa akan berikan karya yang terbaik kepada para penonton.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 4 K-Drama yang bakal dikeluarkan untuk musim ke-3.

Taxi Driver 

Drama ini diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” membawa kisah satu perkhidmatan teksi misteri di mana ia membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat keadilan daripada undang-undang. Kedua-dua musim “Taxi Driver” ini nampaknya tidak menghampakan penonton. Dengan pelbagai aksi dan plot balas dendam, penonton sangat puas hati dengan misi ‘Rainbow Taxi Company’ dalam membantu mangsa teraniaya.

Dalam pada itu, pihak produksi telah mengeluarkan kenyataan bahawa K-Drama ini bakal mengeluarkan musim ke-3. Jelasnya lagi, memandangkan “Taxi Driver 2” baru sahaja tamat, pasukan produksi masih berbincang dengan ahli pelakon mengenai penampilan mereka dalam musim baru ini. Selain daripada itu, jadual penggambaran juga masih belum diputuskan.

Sweet Home 

Siri Netflix “Sweet Home”, yang disiarkan pada tahun 2020, adalah kisah tentang seorang remaja dan jirannya yang cuba bertahan daripada manusia yang telah bertukar menjadi raksasa. Baru-baru ini diumumkan bahawa siri itu akan kembali dengan musim kedua pada 1 Disember ini.

Tambah menarik, mereka sudah mengesahkan bahawa musim ketiga juga bakal menyusul  walaupun musim kedua akan ditayangkan pada 1 Disember.

Arthdal Chronicles

“Arthdal Chronicles” adalah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Semasa musim pertamanya, drama itu merekodkan rating yang rendah berbanding jangkaan dek beberapa kritikan melibatkan plot yang kurang meyakinkan serta ada tuduhan plagiat.

Pada 5 September, sidang akhbar untuk “Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon” telah diadakan dan dihadiri para pelakon Lee Joon-gi, Shin Se-kyung, Kim Ok-bin dan Jang Do-gun. Ketika sesi temu bual, penulis berkongsi tentang kemungkinan sama ada drama ini akan turut kembali dengan musim ke-3,

Strong Girl Bongsoon & Strong Girl Namsoon

Baru-baru ini drama “Strong Girl Nam-soon” berjaya mengambil hati para penonton selepas siri pertamanya, “Strong Girl Bong-soon” . Kedua-dua siri ini meraih rating tinggi oleh kerana jalan ceritanya yang membuat penonton ketawa terbahak-bahak.

Berita baik buat penggemar siri ini, walaupun musim keduanya belum berakhir, namun khabarnya drama berkenaan akan tampil dengan musim ketiga. Selepas siri itu diterajui Park Bo-young dan Lee Yoo-mi, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang akan menerajui siri itu nanti.

Yeay ada musim baru!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...