Ikuti Kami:

Plot Mirip, Adakah ‘Pandora: Beneath The Paradise’ & ‘7 Escape’ Akan Popular Seperti ‘Penthouse’?

Plot Mirip, Adakah ‘Pandora: Beneath The Paradise’ & ‘7 Escape’ Akan Popular Seperti ‘Penthouse’?

Selepas kejayaan “Penthouse”, semua pelakon drama itu akan kembali menemui penonton menerusi drama dengan plot yang serupa.

Bagi yang belum tahu, Lee Ji-ah dan Bong Tae-gyu akan sekali lagi bekerjasama dalam drama baru akan datang “Pandora: Beneath the Paradise” manakala Um Ki-joon, Shin Eun-kyung dan Yoon Jong-hoon akan bersatu kembali dalam “7 Escape”.

Menarik perhatian, kedua-dua drama itu mempunyai plot yang mirip dengan “Pshenthouse”, iaitu memfokuskan kepada kisah balas dendam dan banyak penipuan.

Untuk pengetahuan, “Pandora: Beneath the Paradise” ialah sebuah drama balas dendam tentang seorang wanita, yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.

Kemudian, “7 Escape” mengisahkan mengenai kisah 7 orang sahabat yang terlibat dengan kehilangan seorang gadis yang sudah mula kusut dengan pelbagai penipuan dan keinginan. Drama ini turut mengisahkan mengenai pengulangan situasi bagi mendedahkan kebenaran, pertumpahan darah, hukuman dari Tuhan dan sebagainya.

pandora: beneath the paradise 7 escape

Dengan plot yang mirip dan beberapa pelakon yang sama, penonton tertanya-tanya sama ada dua drama ini akan menjadi hit dalam kalangan penonton seperti “Penthouse”.

Sementara itu, penulis Kim Soon-ok dari “Penthouse” akan mengambil bahagian sebagai pencipta untuk “Pandora: Beneath the Paradise” dan penulis untuk “7 Escape”.

Jangan lupa tonton “Pandora: Beneath the Paradise” akan ditayangkan pada 11 Mac ini dan “7 Escape” dijadualkan untuk tayang September nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...