Baru sahaja beberapa minggu “Destined With You” tamat, Rowoon sudah pun kembali dengan drama baru iaitu “The Matchmakers”.
Drama yang turut bersiaran di Viu ini membawa kisah tentang seorang lelaki dan wanita yang berjumpa dan bersaing di dalam pertarungan perkahwinan.
Untuk episod awal ini, penonton diperkenalkan dengan watak Shim Jung-woo (Rowoon), seorang cendekiawan yang memiliki kepandaian di usia muda namun berang apabila melihat lelaki dan wanita menjalinkan hubungan cinta kerana kisah lalunya. Bagai buku bertemu ruas, dia mula berkenalan dengan Jung Soon-deok (Cho Yi-hyun) iaitu seorang janda yang merupakan pencari jodoh terbaik di Joseon.
Terbukti popular, episod pertama “The Matchmakers” berjaya meraih rating sebanyak 4.5% iaitu satu angka yang agak baik bagi drama bersejarah yang baru bersiaran di saluran awam.
Melihatkan respon positif penonton, dijangka drama ini pastinya akan menyaksikan peningkatan rating tak lama lagi.
Korang kena layan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.